MEMULALAKAN pekerjaan di tempat baharu membuatkan seseorang teruja bercamput gementar, terutama apabila perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan sekerja yang belum dikenali.Walaupun ingin memberikan tanggapan yang baik kepada majikan, ada beberapa kesilapan yang mungkin dilakukan tanpa disedari sehingga menjejaskan imej diri pada hari pertama bekerja. Berikut enam kesilapan yang perlu dielakkan pada hari pertama memulakan pekerjaan di syarikat baharu.Sikap suka membandingkan syarikat baharu dengan tempat kerja lama juga tidak sepatutnya diamalkan. -Gambar hiasan AI1. Terlalu cuba menarik perhatianKeinginan untuk menunjukkan kebolehan diri memang perkara biasa, tetapi terlalu berusaha menarik perhatian boleh memberikan tanggapan yang kurang baik. Elakkan daripada terlalu menonjolkan pencapaian lama atau cuba membuktikan diri lebih hebat daripada rakan sekerja lain.Sebaliknya, tunjukkan kemampuan melalui sikap profesional, kesungguhan dan hasil kerja.2. Malu bertanya apabila tidak fahamAda pekerja baharu yang memilih untuk berdiam diri apabila tidak memahami sesuatu tugasan. Sikap ini boleh menyebabkan mereka melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh dielakkan.Jangan takut untuk bertanya jika terdapat perkara yang kurang jelas. Lebih baik mendapatkan penjelasan awal daripada melakukan tugasan dengan cara yang salah.3. Terus membandingkan tempat kerja baharu dengan tempat lamaSetiap organisasi mempunyai budaya, sistem dan cara kerja yang berbeza. Membandingkan setiap perkara dengan tempat kerja lama, apatah lagi secara terbuka, boleh membuatkan rakan sekerja berasa kurang selesa.Berikan peluang kepada diri sendiri untuk memahami sistem baharu sebelum membuat penilaian atau mencadangkan perubahan.4. Terlalu banyak berkongsi hal peribadiBerkenalan dengan rakan sekerja memang penting, namun elakkan daripada terlalu terbuka berkongsi masalah keluarga, konflik di tempat kerja lama atau perkara peribadi yang tidak perlu diketahui orang lain.Beri masa untuk membina kepercayaan dan mengenali rakan sekerja sebelum berkongsi hal yang lebih peribadi.