KETUA juri program Gegar Vaganza Fantasi (GVF), Datuk Ramli MS menegur tindakan penyanyi Mawi menyelitkan alunan selawat di pertengahan persembahan lagu Intifada pada konsert minggu ketiga.Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 67, berkata, Mawi melakukan tindakan mengejut itu tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu ketika sesi raptai. Akibatnya, jelas Ramli, barisan juri terpaksa memotong markah persembahan Mawi dengan banyak kerana susunan muzik lagu tersebut tidak bersesuaian dengan elemen kerohanian yang cuba diterapkan.“Di tengah-tengah persembahan itu, kami banyak potong markah dia pada bahagian selawat tersebut sebab masa raptai saya tidak dengar perkara itu.Tok Ram berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Kalau saya dengar awal, saya tidak akan beri muzik begitu.“Jadi apabila tiba-tiba dia keluarkan bahagian itu, kami memang banyak potong markah di situ,” katanya kepada mStar semasa sidang media selepas program berkenaan pada Ahad. Menurut Ramli, jika perkara itu dimaklumkan lebih awal semasa sesi latihan, pihaknya akan mengasingkan susunan muzik agar lebih harmoni dan menghormati alunan selawat serta muzik berunsur Islamik.“Intifada adalah satu hal lain yang berkisar tentang perjuangan menuntut keadilan dan pencerahan, tetapi apabila dia keluarkan selawat di situ, saya rasa ia tidak sepatutnya ada.ARTIKEL BERKAITAN: Mawi nak buat konsert berskala kecil untuk 3,000 peminat, ramai setuju harap kali ini jadiARTIKEL BERKAITAN: Mawi buka cerita lama, dedah Syamsul Yusof bantu rawat sakit misteri... Beri bayangan bakal tampil sepentas“Kalau dia beritahu saya awal, tidak akan ada muzik sebegitu dan kita akan asingkan susunannya kepada muzik sufi atau Islamik,” ujarnya. Dalam pada itu, Ramli turut menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai kurang manis untuk tontonan umum.Ekoran itu, Ramli mengingatkan semua peserta agar bersikap telus semasa sesi raptai dan tidak menyembunyikan sebarang kejutan yang boleh menjejaskan persembahan sendiri.Mawi dikatakan menambah bahagian Selawat pada malam persembahan itu. “Sebab itu saya sudah pesan tadi, semasa sesi raptai anda kena beritahu apa yang mahu dilakukan dan jangan sembunyi-sembunyi simpan.“Kurang manis apabila dia tidak cakap semasa raptai, sebaliknya terus menyanyikan bahagian itu secara langsung. Untuk tontonan umum tindakan sebegitu memang kurang manis,” tegasnya.Untuk info, pada minggu ketiga GVF, Mawi mendapat tempat keenam daripada 13 peserta dengan markah sebanyak 58.54 peratus.TONTON VIDEO PILIHAN!